Alhamdulillah, bertemu lagi Festival Puisi & Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) untuk kali yang ke-9 pada tahun ini. Sebagaimana semua sedia maklum, PULARA sudah diperkenalkan sejak tahun 2010 dan kini memasuki edisi yang ke-9.
Melalui kerjasama yang baik daripada Tourism Perak dan Yayasan Kampung Karyawan Malim (YKKM), PULARA terus mewarnai dunia sastera di peringkat persada dunia. Kini, PULARA juga kian dikenali dan tetap mendapat sambutan yang baik pada setiap tahun. Perkembangan ini melihatkan sastera kian diterima oleh masyarakat Malaysia. Malahan, memperkenalkan budaya dan keistimewaan negeri Perak seterusnya negara Malaysia ke merata dunia.
Tema:
PULARA 9 Mendunia
Objektif:
Festival Puisi & Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) bertujuan untuk menyedarkan masyarakat Malaysia akan peranan seni dalam memantapkan jati diri bangsa serta sumbangannya terhadap perpaduan kaum. Selain itu, festival ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran dan apresiasi seni dalam kalangan masyarakat, terutama bagi kategori remaja. Ia juga diharapkan dapat sekali gus membangunkan masyarakat luar banda yang kreatif, sejajar dengan hasrat kerajaan masa kini. Konsep festival pula ialah penggabungan pelbagai genre seni dan wacana intelektual (seminar, tayangan filem dan dialog) bagi mempopularkan seni-sastera-budaya.
Sasaran:
- Ahli akademia, guru, penyair, sasterawan, aktivis seni dari dalam dan luar negara.
- Kanak-kanak, remaja di peringkat sekolah, IPTA dan IPTS.
- Individu-individu yang berminat terhadap industri seni.
- Pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.
Tarikh:
28 November 2018 - 2 Disember 2018
Tempat:
Hotel Casuarina Meru Ipoh, Perak.
28 November 2018 - 2 Disember 2018
Tempat:
Hotel Casuarina Meru Ipoh, Perak.
KLIK DI BAWAH